MITEC TERIMA SIJIL INDEKS BANGUNAN HIJAU

MITEC ialah sebuah lokasi terbesar di Malaysia yang mempunyai kapasiti ruang pameran berukuran lebih 51,000 kaki persegi.

Kuala Lumpur, 22 April 2020

Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) mengukir satu lagi kejayaan apabila dianugerahkan dengan Sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) daripada Panel Akreditasi GBI.

“Sejak dari awal, MITEC dibina dengan sebuah visi yang tidak cuma memperlihatkan fungsinya sebagai sebuah pusat pameran dan perdagangan terbesar di Malaysia, tetapi juga dengan hasrat untuk memastikan pembangunan tersebut turut memelihara persekitarannya.

“Dengan menerima anugerah GBI ini, ia turut memberi keyakinan bahawa pihak kami berada di landasan yang betul dalam usaha kami yang positif untuk menjaga dan memelihara alam sekitar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Gunther Beissel.

Anugerah tersebut diberikan kepada MITEC berdasarkan 11 faktor kelayakan utama yang terdapat pada bangunannya iaitu:

1. Penggunaan bahan kitar semula semasa proses pembinaan
2. Pemasangan 70 % kaca penghalang sinar UV
3. Penuaian air hujan
4. Penapis Co2 dan kipas udara segar
5. Pusat pam penyejuk yang memiliki pelbagai pilihan kelajuan.
6. Alat pengesan pergerakan pada setiap tandas awam.
7. Sistem penyiraman taman berdasarkan laras waktu.
8. Tempat basuh tangan di dapur yang dilengkapi dengan alat pengesan.
9. Sistem automatic bangunan
10. Sistem pencegahan kulat.
11. Tiada penggunaan bahan kimia untuk rawatan penyejukkan bangunan.

“Saya sangat berterima kasih kepada tenaga-tenaga pakar yang bekerjasama dengan kami, untuk memupuk budaya dan pengetahuan mengenai rekaan mapan dan amalan yang efisyen apabila menyentuh mengenai pertembungan antara kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Saya juga berbangga dengan tenaga pekerja MITEC yang amat mudah menerima budaya pencegahan, amalan kecil dalam operasi setiap hari seperti inilah yang wajar dilakukan demi membuat sesuatu perubahan yang besar,”ujar Beissel.

Menurutnya lagi, kelebihan bangunan hijau dan pemeliharaan yang baik mampu meresap dalam banyak cara. Antaranya termasuk mampu meningkatkan nilai aset dan produktiviti para pekerja selain menjadi platform buat pihaknya mendapatkan insentif kemudahan daripada kerajaan.

“Kelebihan-kelebihan ini membolehkan MITEC untuk menyumbang lebih kepada komuniti. Pada akhirnya nanti, ia adalah mengenai tindakan pengurangan kesan karbon dan menyampaikannya pada cara yang efisyen memandangkan bangunan ini adalah pusat tumpuan acara berbentuk perniagaan,”katanya.

MITEC masih meneruskan usaha untuk berkembang secara progresif dalam amalan hijau dan mengalu-alukan perkongsian ilmu daripada pelbagai pihak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MITEC, layari laman web www.mitec.com.my atau di laman media sosial (Facebook @MITEC.MY, LinkedIn – Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Twitter and Instagram @MITEC_MY).

Hubungi Kami

* Wajib diisi

mitec-terima-sijil-indeks-bangunan-hijau-mitec